Posts

Showing posts with the label PAPARAN/PENYAJIAN

KOMPONEN PAPARAN/PENYAJIAN

Image
  PAPARAN/PENYAJIAN Analisis dan penilaian komponen paparan/penyajian dalam buku teks melibatkan teknik penyajian kandungan, pemaparan kandungan pembelajaran dan kelengkapan dokumentasi. Buku teks memberi idea, panduan dan ruang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti P&P dalam bilik darjah.   Bab dan sub bab memerlukan konsistensi paparan iaitu setiap bab akan berkesinambungan bermula dengan pendahuluan dan huraian sukatan kandungan kemudian diakhiri dengan penutup atau rumusan. Penutup atau rumusan ini di sertakan pelbagai aktiviti dan latihan agar guru-guru dapat membuat penilaian kepada murid. Variasi latihan dan aktiviti dalam buku teks ini akan dipastikan dapat memberi pengukuhan dan kefahaman murid tentang sesuatu konsep yang dipelajari dan menilai hasil pengajaran dan pembelajaran serta mengesan kemajuan murid . Paparan yang menarik akan dapat memotivasikan pelajar untuk menambahkan kemahiran baru atau mencuba di luar ruang keselesaan mereka dalam menimba ilm...