KOMPONEN ISI KANDUNGAN
KOMPONEN UTAMA ANALISIS DAN PENILAIAN
Bahagian ini merupakan nadi dan batu asas bagi memastikan buku teks yang direka berkualiti dan menepati piawaian pendidikan yang telah ditetapkan sebelum diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan dimiliki oleh semua guru dan murid.
Sekiranya terdapat kesalahan atau memerlukan penambahbaikan, maka dalam proses analisis dan penilaian ini akan menghasilkan solusi atau cadangan yang diperlukan agar buku teks tersebut menjadi lebih baik.
Ketepatan konsep,
definisi dan fakta perlu bertepatan dengan setiap isi sukatan pelajaran.
Kaedah, prinsip, fakta dan penjelasan mestilah lengkap dan jelas namun tidak
terlalu panjang (ringkas dan padat).
Simbol, istilah, ejaan harus tepat agar tidak mengelirukan murid dan lebih
mudah dalam memahami isi kandungan.
Contoh, kes, gambar,
diagram dan ilustrasi yang disertakan dalam huraian sukatan kandungan harus
bersesuaian, tepat dan terkini agar murid dapat mengaitkan dengan pembelajaran
dengan lebih mudah dan jelas. Bahan ini merupakan aspek paling utama yang dapat
menarik minat pelajar untuk lebih memahami pembelajaran, maka ketetapan amat
dititikberatkan.
iii. Terkini
Oleh disebabkan
transformasi buku teks KSSR/KSSM sekarang mempunyai unsur global dan teknologi,
maka kandungan buku teks harus seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi
terbaru. Kepenggunaan alatan, perisian dan sumber teknologi amat penting untuk
mendedahkan murid agar lebih bersedia dengan kecanggihan dunia teknologi dan
ICT terkini. Contoh dan kes terbaru juga perlu ditikberatkan kerana akan terdapat
contoh dan kes yang tidak lagi bersesuaian dan relevan dengan perubahan yang
berlaku sekarang.
Isu-isu semasa juga perlu dititikberatkan selain menunjukkan perubahan ilmu yang berlaku dari masa ke semasa. Pendedahan ini akan melahirkan murid yang peka dengan persekitaran yang berlaku di sekeliling mereka. Hal ini juga akan merangsang minda murid dan melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif tentang perkara yang sedang dipelajari dalam bilik darjah.
iv. Keupayaan mendorong
Isi kandungan yang terdapat dalam buku teks perlu diusahakan agar dapat memberi inspirasi dan mendorong pelajar untuk lebih inkuiri (bersifat ingin tahu, bertanya dan mencari jawapan), sentiasa berusaha menimba ilmu dengan mempelajari pelbagai maklumat melalui pelbagai sumber, memperkembangkan daya kreativiti dan kemahiran hidup, lebih peka dengan persekitaran, berjiwa kewarganegaraan serta mempunyai nilai murni yang lain dalam kehidupan.
Comments
Post a Comment