PENGENALAN
ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS
PENGENALAN
Proses belajar di sekolah tentunya tidak lepas dari pentingnya peranan buku teks. Buku teks dapat membuat proses belajar dalam kelas lebih efisien. Jika keterangan guru yang mengajar kurang jelas maka buku teks dapat menyelesaikan masalah murid yang kurang memahami. Buku teks di gunakan untuk membantu kegiatan belajar serta tercapainya suatu tujuan pendidikan. Buku teks adalah buku pelajaran dalam bidang pembelajaran tertentu, yang merupakan buku standard, yang disusun oleh para pakar bidang itu buat maksud-maksud dan tujuan instruksional, yang dilengkapi dengan pengajaran yang serasi dan mudah dipahami oleh murid di sekolah-sekolah dan perguruan tinggi sehingga dapat menunjang sesuatu program pengajaran.
Buku teks merupakan bahan rujukan yang paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selain sumber-sumber rujukan yang lain. Sebelum buku teks direka bentuk dan diterbitkan untuk kegunaan para guru dan murid, pelbagai peringkat dan tapisan diambil kira untuk memastikan buku teks tersebut berkualiti dan bertepatan dengan mata pelajaran dan tahap murid.
Tujuan dan Kepentingan
Penggunaan buku teks diwujudkan bagi memastikan proses P&P mengikut kurikulum yang telah ditetapkan dengan tersusun, bersepadu, seragam, dan dapat mencapai matlamat yang dinginkan. Buku teks menjadi panduan terperinci terhadap sukatan bagi setiap tajuk yang perlu ada dalam P&P. Menurut Hussein (1985), sejak daripada perencanaan KBSM (sebelum pembaharuan kepada KSSM pada tahun 2017), buku teks direka bentuk kerana mempunyai implikasi yang besar dalam P&P
Implikasi-implikasi ini dilihat masih relevan walaupun buku teks telah mengalami pelbagai perubahan dan penambahbaikan. Oleh itu, dalam analisis dan penilaian buku teks harus dipastikan buku teks yang telah disusun dapat mencapai keempat-empat implikasi tersebut.
Proses menganalisis dan menilai buku teks harus memastikan reka bentuk buku teks mentafsir dan mempersembahkan dasar falsafah, matlamat, objektif dan prinsip kurikulum pendidikan.
Comments
Post a Comment