KOMPONEN UTAMA ANALISIS DAN PENILAIAN Bahagian ini merupakan nadi dan batu asas bagi memastikan buku teks yang direka berkualiti dan menepati piawaian pendidikan yang telah ditetapkan sebelum diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan dimiliki oleh semua guru dan murid. Sekiranya terdapat kesalahan atau memerlukan penambahbaikan, maka dalam proses analisis dan penilaian ini akan menghasilkan solusi atau cadangan yang diperlukan agar buku teks tersebut menjadi lebih baik. KOMPOSES ISI KANDUNGAN Isi kandungan meliputi sukatan kandungan dan huraian sukatan kandungan adalah inti pati dalam sesebuah penulisan buku teks untuk menyampaikan pengetahuan dan maklumat secara maksimal di dalam bilik darjah. Perubahan dan transformasi konsep dan kandungan buku teks yang berlaku mutakhir ini berlandaskan dasar pendidikan kebangsaan yang memfokuskan kepada menyediakan tenaga rakyat bertaraf global dan mempunyai unsur kepenggunaan teknologi yang memerlukan murid didedahkan dengan pe...
PAPARAN/PENYAJIAN Analisis dan penilaian komponen paparan/penyajian dalam buku teks melibatkan teknik penyajian kandungan, pemaparan kandungan pembelajaran dan kelengkapan dokumentasi. Buku teks memberi idea, panduan dan ruang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti P&P dalam bilik darjah. Bab dan sub bab memerlukan konsistensi paparan iaitu setiap bab akan berkesinambungan bermula dengan pendahuluan dan huraian sukatan kandungan kemudian diakhiri dengan penutup atau rumusan. Penutup atau rumusan ini di sertakan pelbagai aktiviti dan latihan agar guru-guru dapat membuat penilaian kepada murid. Variasi latihan dan aktiviti dalam buku teks ini akan dipastikan dapat memberi pengukuhan dan kefahaman murid tentang sesuatu konsep yang dipelajari dan menilai hasil pengajaran dan pembelajaran serta mengesan kemajuan murid . Paparan yang menarik akan dapat memotivasikan pelajar untuk menambahkan kemahiran baru atau mencuba di luar ruang keselesaan mereka dalam menimba ilm...
ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS PENGENALAN Proses belajar di sekolah tentunya tidak lepas dari pentingnya peranan buku teks. Buku teks dapat membuat proses belajar dalam kelas lebih efisien . Jika keterangan guru yang mengajar kurang jelas maka buku teks dapat menyelesaikan masalah murid yang kurang memahami. Buku teks di gunakan untuk membantu kegiatan belajar serta tercapainya suatu tujuan pendidikan. Buku teks adalah buku pelajaran dalam bidang pembelajaran tertentu, yang merupakan buku standard , yang disusun oleh para pakar bidang itu buat maksud-maksud dan tujuan instruksional, yang dilengkapi dengan pengajaran yang serasi dan mudah dipahami oleh murid di sekolah-sekolah dan perguruan tinggi sehingga dapat menunjang sesuatu program pengajaran. Buku teks merupakan bahan rujukan yang paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selain sumber-sumber rujukan yang lain. Sebelum buku teks direka bentuk dan diterbitkan u...
Comments
Post a Comment