KOMPONEN PAPARAN/PENYAJIAN

 PAPARAN/PENYAJIAN


Analisis dan penilaian komponen paparan/penyajian dalam buku teks melibatkan teknik penyajian kandungan, pemaparan kandungan pembelajaran dan kelengkapan dokumentasi. Buku teks memberi idea, panduan dan ruang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti P&P dalam bilik darjah.  

Bab dan sub bab memerlukan konsistensi paparan iaitu setiap bab akan berkesinambungan bermula dengan pendahuluan dan huraian sukatan kandungan kemudian diakhiri dengan penutup atau rumusan. Penutup atau rumusan ini di sertakan pelbagai aktiviti dan latihan agar guru-guru dapat membuat penilaian kepada murid. Variasi latihan dan aktiviti dalam buku teks ini akan dipastikan dapat memberi pengukuhan dan kefahaman murid tentang sesuatu konsep yang dipelajari dan menilai hasil pengajaran dan pembelajaran serta mengesan kemajuan murid.



Paparan yang menarik akan dapat memotivasikan pelajar untuk menambahkan kemahiran baru atau mencuba di luar ruang keselesaan mereka dalam menimba ilmu. Kata kunci dan glosari merupakan pemudah cara kepada guru dan murid dalam proses P&P kerana isi kandungan dalam buku teks terdapat pelbagai istilah dan rangkai kata yang memerlukan penjelasan ringkas tersendiri.

Penglibatan pelajar merupakan perkara fokus dalam proses P&P. Jika berorientasikan guru sahaja, maka perkembangan murid akan tersekat dan terbantut. Aktiviti dan latihan yang interaktif akan menarik minat murid untuk lebih aktif dalam bilik darjah dan meningkatkan pelbagai kemahiran lain seperti fokus, bekerjasama, komunikasi dan lain-lain




Comments

Popular posts from this blog

KOMPONEN ISI KANDUNGAN